Penyejukan badan
Penyejukan badan

Penyejukan badan

Penyejukan badan ialah senaman ringkas yang dilakukan selepas aktiviti yang lebih sengit untuk membolehkan badan beralih secara beransur-ansur kepada keadaan rehat atau separa berehat. Bergantung pada keamatan senaman, menyejukkan badan selepas kaedah senaman seperti mengangkat berat secara intensif boleh melibatkan jogging atau berjalan secara perlahan.Dengan intensiti yang lebih rendah seperti bangkit tubi, regangan boleh dilakukan. Menyejukkan badan membolehkan degupan jantung kembali ke kadar rehatnya. Menyejukkan badan secara anekdot boleh mengurangkan kepeningan bagi atlet profesional, dan penghibur vokal selepas latihan berat.[1] Kajian pada masa ini tidak dapat menyimpulkan sama ada proses itu benar-benar mengurangkan kesakitan otot tertangguh[2] dan kesakitan otot bukan berpuncakan pengeluaran laktat semasa aktiviti cergas.[3] Sesetengah kajian telah menunjukkan korelasi yang lemah: bagaimanapun, majoriti kajian terkini menolak hubungan tersebut.[4] Satu kajian telah menunjukkan bahawa atlet yang melakukan penyejukan badan yang sesuai memiliki peluang lebih rendah untuk mengalami kecederaan.[5]